Friday 8 July 2011

filem nasional

Ekceli dah lama gak aku tak buang luang masa usha filem-filem melayu keluaran negara Malaysia yang kucintai ni. kalau drama tu, boleh la kadang-kadang tengok gak.
Namun, pernahkah korang terfikir tentang perkara ni: seorang pelancong asing datang kat korang, tanya apa ciri-ciri cerita buatan Malaysia. hah apa korang nak jawab?
Jangan gusar, ni disenaraikan sikit ciri-ciri unik yang mungkin hanya terdapat pada filem tanah air ku.

1) cinta berputik.
2) cinta terhalang.
3) cinta antara benua.
4) benci-benci akhirnya bercinta.
5) berkorban demi cinta.
6) heroin yang bercinta ialah anak orang kaya.
7) hero yang bercinta boleh jadi anak orang kaya atau miskin.
8) cinta tak kesampaian.
9) cinta islamik kunun.
10) heroin melayu bajet macam omputih.
11) dialog pelakon yang tak mungkin kita dengar dalam dunia sebenar a.k.a tak real langsung. contoh : "adakah perhubungan kita yang terjalin sejak sekian lama ini berkecai begitu sahaja? berikan penjelasan pada abang, sayang".
12) hantu tahyul. tapi tetap ada selit cinta. takpun, ada pegang-pegang la laki perempuan.
13) berpeluk, pegang tangan, manja-manja bukan mahram itu biasa aje.
14) ada ustaz. (jadi watak baik)
15) ada la pengajaran/tazkirah sikit.

Ok ni je la kot buat masa ni. sori kalau ada yang terguris. kan nombor 15 tu aku dah letak benda baik. =)

2 comments:

Cik Wani said...

hye.. jom komen kt link entry wani ni.

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

mina moshi said...

orait! =)

thnks for dropping by!