Friday 8 July 2011

pelik

Dua ekor setan laknat sedang bersantai di tepi pantai nan indah.

Sejam yang pertama;
Setan A : weh dah nak masuk asar ni. nak suh manusia-manusia ni pergi solat tak?
Setan B : bodo. kau lupa ke yang kita ni setan. pantang betul dengar perkataan solat ni, nak ajak lagilah haram jadah.
Setan A : ok.

Sejam yang kedua;
Setan A : eh aku peliklah. apasal manusia-manusia yang ngaku islam ni tak berhenti pergi solat dulu?
Setan B : ish aku lepuk jugak kau ni jap lagi. kan tugas kita pastikan diorang tak solat? bagus lah kalau diorang ikut!
Setan A : ok...

Sejam yang ketiga;
Setan A : gila pelik kot aku tengok diorang ni selamba je tak mahu solat. dah pukul 7 ni.
Setan B : (no komen, mengangguk kepala)

Waktu azan maghrib hampir berkumandang;
Setan A : weh jom blah. diorang ni tak tau r nak jadi apa.
Setan B : jom jom. diorang ni memang gila. dulu keturunan kita kena laknat sebab tak mau sujud hormat kat nabi Adam. sekali tak sujud terus laknat. diorang ni gila cool je. lagi teruk daripada iblis!

No comments: